Thursday, October 19, 2017

Sejarah Lompat Jauh

Sejarah Lompat Jauh - Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit cuba melompat dan mendarat sejauh yang boleh dari tempat mula melompat. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu mula, ke bahagian yang diisi pasir atau tanah yang bertindak bagi menyerap lompatan dan juga sebagai penanda tempat jatuh. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan tepat di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.
Sejarah Lompat Jauh
Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh seorang atlit dari Sparta iaitu Chionis. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan pada zaman dahulu adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan dibuat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple.
Sejarah Lompat Jauh
Sejarah Lompat Jauh

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Pada zaman Yunani Purba, seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dimasukkan dalam acara olahraga bagi kategori acara padang. Bermula daripada itu, acara ini telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik seseorang boleh berpotensi untuk mengalami kecederaan.

Seperti yang kita ketahui, acara lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Kini acara rekod acara lompat jauh telah dipegang oleh Mike Powell yang merupakan seorang atlet lompat jauh dari USA yang telah membuat lompatan sejauh 8.95 meter. Bagi acara lompat jauh wanita, rekod acara ini telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Sejarah Lompat Jauh

  • Sejarah Real Madrid Sejarah Real Madrid  - Real Madrid adalah klub professional yang berbasis di kota Madrid, Spanyol. Klub ini didirikan tahun 1902 bernama Madrid Football Club, men ...
  • Sejarah Manchester United Sejarah Manchester United  - Manchester United Football Club adalah sebuah klub sepak bola profesional Inggris yang berbasis di Old Trafford, Manchester Raya, yan ...
  • Sejarah Asal Usul dan Perkembangan Pencak Silat Sejarah Asal Usul dan Perkembangan Pencak Silat - Induk organisasi pencak silat di Indonesia adalah Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI). Organisasi yang mewa ...
  • Pengertian dan Sejarah Atletik Pengertian dan Sejarah Atletik - Atletik yang meliputi Jalan,Lari,Lompat dan Lempar boleh dikatakan cabang olah raga yang paling tua, sama tuanya dengan manusia p ...
  • Sejarah Sepak Bola Sejarah Asal Usul Sepak Bola, Sepak bola adalah olahraga menggunakan bola yang dimainkan oleh dua tim yang masing-masing beranggotakan 11 (sebelas) orang. Memasuki aba ...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment